Chong Chong Tik pada sidang akhbar berhubung MIBS 2024, Pameran Komoditi Import dan Eksport Malaysia 2024 di Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR – Malaysia Promas International Business Society (Promas) bekerjasama dengan ES International Event Management Sdn. Bhd (ES Management) bakal menganjurkan Pameran Penjenamaan Antarabangsa Malaysia (MIBS) 2024 dan Pameran Komoditi Import dan Eksport Malaysia 2024 untuk kali ke-19 pada akhir bulan ini.
Acara yang akan dijalankan selama tiga hari bermula 28 November ini dijangka melibatkan 550 reruai daripada seluruh negara termasuk perusahaan tempatan.
Menurut Pengarah Urusan ES Management, Datuk Chong Chong Tik, penglibatan syarikat tempatan dalam pameran tersebut telah bertambah kepada 40 peratus pada tahun ini berbanding hanya 10 peratus sahaja syarikat tempatan yang menyertai acara ini tahun lepas.
“MIBS 2024 akan memfokuskan kepada empat kategori utama iaitu pakaian dan fabrik, komoditi pintar, produk makanan kesihatan dan pelengkap serta makanan dan minuman.