The Malaysia Import and Export Commodity Fair provides entrepreneurs with opportunities to explore the global market! 马来西亚进出口商品交易会为企业家迎来了开拓全球市场的机会!

image

KIRA-kira 550 reruai daripada lebih 10 negara telah mengesahkan penyertaan dalam Pameran Komoditi Import dan Eksport Malaysia 2024 yang bakal diadakan bertempat di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur bermula 28 November sehingga 30 November 2024 ini.

Pameran komoditi yang pertama kali diketegahkan itu merupakan antara pengisian baharu sempena Pameran Penjenamaan Antarabangsa Malaysia (MIBS) ke-19 anjuran Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (PROMAS) dengan kerjasama ES International Event Management Sdn Bhd serta disokong oleh Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) dan Persatuan WAWASANITA.

Turut menyokong Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, agensi kerajaan, serta lebih 50 persatuan perdagangan domestik dan antarabangsa lain yang telah memberikan sokongan berterusan dan perhatian yang penuh semangat terhadap acara tersebut.

“Pameran kali ini turut dijangka menjadi pameran antarabangsa Malaysia yang inovatif dan luar biasa, yang mana kami menyediakan platform yang menonjol untuk usahawan import dan eksport tempatan mempamerkan produk mereka di peringkat global,” kata Pengarah Urusan ES Management, Datuk Chong Chong Tik kala ditemui pada sidang media ‘Pameran Komoditi Import Eksport Malaysia dan Pameran MIBS ke-19 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada Rabu, 13 November 2024.

Click here to see more